Monday, October 10, 2011

MEMILIH DENGAN BIJAK

1.BERAPA ORANG YANG MENGALAMI ‘RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI ‘setelah habis Majlis ?

2.BERAPA ORANG YANG PERNAH MENGALAMI MASALAH NASI, LAUK PAUK YANG TAK CUKUP SEMASA MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG?

3.BERAPA ORANG YANG MENGALAMI MASALAH CIRIT –BIRIT DAN BUAT PELBAGAI ALASAN UNTUK TIDAK KE KENDURI-KENDURI disebabkan KUALITI MAKANAN YANG TIDAK TERJAGA?

4.BERAPA ORANG YANG KADANGKALA ‘DI HIDANGKAN BAU-BAUAN’ YAG AMAT MENYESAKKAN HIDUNG TERUTAMANYA MAJLIS DI DALAM DEWAN DISEBABKAN  TENAGA PEKERJA ALA-ALA MGR?

Kadangkala terlalu memilih kepada harga yang rendah, pelanggan sebenarnya tak sedar yang kualiti yang diberikan oleh sesetengah pihak.Mmg kita berhemah dlm berbelanja tapi jgnlah sampai beras gred D kandungan hancur 10-15 % yg kita hidangkan kepada tetamu.Agak-agaklah cik Jah oii.

Ce Tanya pe yang patut sebelum membuat pilihan.tak salah bertanya dan bukan keluar duit pun.yang penting agar keluarga dan pihak caterer mendapat sedikit informasi dan tidak ada pertikaian terjadi bila selesai Majlis.

Sehubungan itu, kualiti, kebolehpercayaan, serta kemampuan pengusaha-pengusaha hendaklah dinilai sepenuhnya, bukan sahaja terletak pada harga MURAH sahaja tetapi KUALITI dan KUANTITI setiap produk yang dijual atau diberi.
Kecantikan dan kesempurnaan majlis perkahwinan anda selalunya menjadi buah mulut tetamu apabila hiasan dan persembahannya menarik serta kualiti dan kuantiti makanan yang memenuhi citarasa tetamu & tuan rumah.

Di sini disenaraikan beberapa panduan atau tip-tip untuk memilih CATERER yang terbaik untuk majlis perkahwinan anda:
1.Beras yang digunakan, apakah ia jenis yang berkualiti? Anda harus peka tentang pelbagai jenis beras basmathi dipasaran  yang digunakan oleh caterer; daripada harga sekilo RM2.90 – RM12.60. Berapa kuantitinya? Pilihlah yang terbaik, dan tanyalah caterer anda.

2.Untuk daging lembu yang dimasak, apakah jenis dagingnya ? Lemak, cincang, atau tetel? Atau daging blade, silverside, topside, terderloin, chuck, daging campur atau apa? Berapa kuantitinya? Tanya pada caterer.
3. Ayam. Berapa ekor ayam untuk 1,000 orang makan ? Berapa berat setiap ekor? Seekor ayam pula dipotong berapa? Ini harus ditanya oleh anda. Jika anda berurusan dengan caterer yang berpengalaman, ia akan dapat menjawab dengan spontan.
4. Tanya caterer berapa kenderaan yang ada bagi tujuan catering? Jika kenderaan tidak mencukupi, akan menjadi lambat bagi tujuan penghantaran makanan anda. Pukul berapa makanan akan sampai ditempat majlis?

5. Tanya juga caterer, siapakah waiternya? Berpengalaman? Beruniform atau tidak?

6. Tanya caterer. Bagaimana cara masak makanan yang akan dihidangkan kepada anda terutamanya nasi.
Inilah antara tip-tip yang anda perlu teliti dan nilai supaya kerisauan anda akan terjawab. Oleh itu berhati-hatilah ketika memilih caterer.

KUALITI DAN KUANTITI TERAS KESEMPURNAAN MAJLIS ANDA
SALAM SAYANG DARI

TEAM CERUK KAMPONG
016 666 9692/ 016 666 9697

No comments:

Post a Comment